tiga tahun berlalu. sem enam pun dah berakhir. arah tuju lepas ni? wallahualam.
sambung belajar? mungkin.
kerja? why not.
sebenarnya aku keliru dengan jalan selepas ni. sambung belajar, well, mesti la nak. belajar tempat baru, suasana baru, kawan baru, ilmu baru. macam masa mula mula masuk poli masa semester satu dulu dulu tu. i miss that moment. fresh.
tapi, aku tak apply pon. aku tengok ja orang lain apply. aku dengar ja orang lain cerita course pilihan depa. aku sokong ja mana yang sesuai. aku cuma senyum melayan karenah depa. aku? tak tahu.
honestly, aku pun teringin. teringin nak pening pening apply upu macam depa, teringin nak excited kena panggil interview macam depa. teringin nak berdebar tunggu result macam depa. sumpah teringin.
tapi, ada benda lain yang aku lebih teringin. orang tua aku hidup senang dan bahagia. adik aku berjaya dan gembira. aku teringin sangat sangat nak tengok tu.
aku tak kata hidup mereka tak bahagia, tak gembira. aku tak cakap pun hidup depa tak senang tak berjaya. tapi aku mahukan lebih dari tu. mungkin sampai sudah masanya untuk aku pulak yang berbakti.
mungkin, bukan rezeki aku untuk ke mana mana sekarang ni. insyaAllah, sampai masanya, aku akan pergi jugak, kalau tu rezeki aku. tapi buat masa sekarang, biar aku macam ni. i want my life this way.
Ya Allah, Kau mudahkanlah perjalanan hidupku dan keluargaku, Kau murahkanlah rezekiku dan keluargaku, Kau bahagiakanlah kehidupanku keluargaku. hanya Engkau yang mampu. aku mohon padaMu Ya Allah.
semoga, apa yang aku pilih ni, tepat dan tiada yang tersinggung.