Wednesday, December 4, 2013

rindu.



susah nak cakap.

tapi rindu. tersangat rindu.


ya, aku faham, aku mengerti. i'm not in the boat, so i should not complain. just stay back and relax. maybe this is fate. for us. 


nak nangis. 


tp apa boleh buat? ya, aku redha. 



ada jodoh kita bertemu lagi, insyaAllah. doakan aku, untuk jejak di sana suatu hari nanti. atau bertemu di mana mana. mungkin. atau mungkin tidak. aku tak tahu. 

kita hanya merancang, kan?


semoga berbahagia :)




kawanmu.


Saturday, August 31, 2013

kisah lama jangan dibuang.



jejak kasih.


entah kenapa, sejak dua menjak ni, aku rasa rindu. rindu yang amat sangat.



SK ST. Theresa. 


aku pernah jadi warga sekolah ni. aku pernah jejak kaki kat sini. aku pernah belajar dalam kelas kelas dalam sekolah ni. aku pernah jadi pelajar sekolah ni.


tapi tu semua, empat belas tahun yg dulu. 

darjah satu, aku didaftarkan kat sekolah ni. 1 Cekal. aku ingat lagi. abah daftarkan aku kat sini. darjah satu sampai darjah empat. aku  kutip ilmu kat sini.

masuk darjah empat, aku ditukarkan sekolah. masa tu, ada sebuah sekolah baru buka dekat dengan kawasan rumah. abah mohon, and aku terpilih. actually ramai lagi. ramai kengkawan yg stay area sekolah tu yg pindah. aku and Iffah tak terkecuali.

darjah empat, tahun last aku di SK ST. Theresa. 

budak budak. apa lah yang tahu sangat pasal telefon. alamat rumah? apatah lagi la. 

lepas ja keluar dari sekolah tu, aku lost contact terus dengan kengkawan yg still ada kat sekolah tu. kecik lagi, mana tahu cara cara nak contact balik. 

sekarang, aku and Iffah mula mencari. dan takdir mungkin, ter'contact' balik dengan one of my old friend, and dari situ, memang cari sungguh sungguh yang lain.


rindu.



maybe ada yang dah tak kenal kami. empat belas tahun, siapa nak ingat kan? and mungkin juga ada yang masih ingat. alhamdulillah kalau ada. 


walau siapa and di mana pon semua berada, aku doakan yang baik baik saja buat kalian. harapnya, kalian masih lagi ingat seorang pengawas kecil, yang pernah bersahabat dengan kalian, seorang Nurul Hasniza.


aku teringat, dan aku rindu.





Sunday, August 4, 2013

sebenarnya...









rindu nak menaip...






rindu nak mengarang...






rindu nak meluahkan...








aku yang sekarang bukan lagi aku yang dulu....







sekian.






Friday, May 24, 2013

hala tuju

tiga tahun berlalu. sem enam pun dah berakhir. arah tuju lepas ni? wallahualam.
sambung belajar? mungkin. 
kerja? why not.
sebenarnya aku keliru dengan jalan selepas ni. sambung belajar, well, mesti la nak. belajar tempat baru, suasana baru, kawan baru, ilmu baru. macam masa mula mula masuk poli masa semester satu dulu dulu tu. i miss that moment. fresh.
tapi, aku tak apply pon. aku tengok ja orang lain apply. aku dengar ja orang lain cerita course pilihan depa. aku sokong ja mana yang sesuai. aku cuma senyum melayan karenah depa. aku? tak tahu.

honestly, aku pun teringin. teringin nak pening pening apply upu macam depa, teringin nak excited kena panggil interview macam depa. teringin nak berdebar tunggu result macam depa. sumpah teringin.

tapi, ada benda lain yang aku lebih teringin. orang tua aku hidup senang dan bahagia. adik aku berjaya dan gembira. aku teringin sangat sangat nak tengok tu.

aku tak kata hidup mereka tak bahagia, tak gembira. aku tak cakap pun hidup depa tak senang tak berjaya. tapi aku mahukan lebih dari tu. mungkin sampai sudah masanya untuk aku pulak yang berbakti.

mungkin, bukan rezeki aku untuk ke mana mana sekarang ni. insyaAllah, sampai masanya, aku akan pergi jugak, kalau tu rezeki aku. tapi buat masa sekarang, biar aku macam ni. i want my life this way.

Ya Allah, Kau mudahkanlah perjalanan hidupku dan keluargaku, Kau murahkanlah rezekiku dan keluargaku, Kau bahagiakanlah kehidupanku keluargaku. hanya Engkau yang mampu. aku mohon padaMu Ya Allah.


semoga, apa yang aku pilih ni, tepat dan tiada yang tersinggung.








Tuesday, April 30, 2013

rindu


'Tak semua rindu boleh diluah. Tak semua cemburu perlu diberitahu. Tak semua sayang harus ditunjuk. Ada perkara lebih baik menjadi rahsia '


rindu. ya, aku rindu. aku ada perasaan rindu. rindu pada siapa? Tuhan saja yang tahu.

aku rindukan kau. aku rindukan dia. aku juga rindukan mereka. tapi, adakah kalian merasakan perasaan yang sama seperti yang aku rasa? mungkin perasaan ini hanya angin lalu yang dibiarkan berlalu tanpa diambil peduli. mungkin?

aku cuba nak meluahkan. aku cuba untuk menyampaikan. tapi aku tahu, ada batasnya. 

sekarang, aku pendam rasa tu. biarkan rasa rindu yang ada terus bertambah dan terus bercambah. semoga rasa rindu ini tidak menyakitkan sesiapa. 

mungkin ada bagusnya dibiarkan rindu itu terus bertamu, agar diri ini terus mempunyai ingatan atas dirimu.




aku rindukan kau.



Friday, April 26, 2013

kawan sampai bila bila :)


update kalini pasal depa. siapa depa? depa depa ni la membaa. persahabatan yang terjalin tak sampai setahun. dah kena berpisah. walaupun baru kenal, alhamdulillah, pahit manis tetap dikongsi sesama. 










aku mungkin mulut jahat, aku mungkin cakap lepas, aku mungkin cepat terasa, aku mungkin suka marah, aku mungkin perangai kasaq, tapi aku taw apa itu persahabatan aku tahu apa itu persaudaraan. hampa dah macam kakak abang adik aku dah. aku takkan lupa lah hampa.

seriously, walaupun aku ni nampak ja macam ni, takda perasaan apa semua, aku tetap Nurul Hasniza, Nuon yang berperasaan. kadang kadang, kalau aku gelak, yes, i'm happy. kalau aku marah, aku bagitaw kenapa. kalau aku terasa, aku diam taknak cakap apa. tapi everything happen for a reason. maafkan aku.







ayat buat teruk kan? wey, bila lagi nak buat teruk dengan hampa. lepas ni tak jumpa dah. i'm sure gonna miss you guyss too! hampa ajar aku erti persahabatan.

aku doakan, hampa semua berjaya. semua apply UPU kan? goodluck weyhhh! nanti sambung belajaq, dapat kawan baru, ingat ingat lah kawan lama kat sini. mungkin ada antara hampa dapat tempat sekali. yala, hampa course semua lebih kurang. aku ja tekeluaq kategori. haha. takpa, ada rezeki jumpa lagi kat mana mana. 

depa ni la antara kawan yang selalu hangout sesama kat Perlis. girls semua roommates aku. boys kengkawan depa. so secara automatiknya, bila join roommates keluaq, sekali dengan depa ni la. officiaalynya, kawan kawan jugak lah. hehe. okay, tak paham takpa, buat buat paham pi la noh. hee

Mimn, lepas ni takda dah orang buat maggi ngan ayaq untuk aku. lepas ni takleh dah aku teman hg study sampai lewat malam. lepas ni takleh dah hg marah aku seba dok usyar hg.

Hajar, lepas ni takleh dah aku cubit blurbear hg. lepas ni takleh dah kita movie sesama. lepasni takleh dah aku gelak bila usyar hg. lepas ni takleh dah tengok muka monyok marah hg tu.

Alya, lepas ni takda dah orang nak bagi pinjam baldi kat aku. lepas ni takda dah penasihat pakaian aku. lepas ni takda dah org belikan nasi utk kami.

boys, lepas ni takda dah orang nak tolong jadi photographer bila keluar sesama, lepas ni takda dah orang jadi penunjuk arah bila pusing negeri, lepas ni takda dah konvoi kereta, lepas ni takda dah condol pulut dgn ais kacang sesama. lepas ni takda dah orang nak bahan aku pasal course aku. lepas ni takda dah black market :')

hampa, aku harap hampa berjaya dalam apa jua bidang yang hampa pilih. all the best. and satu aku mintak, jangan lupa Nuon yg sorang ni. yang cakap banyak and kaki bebai ni. hihi

apa apa pon, terima kasih untuk pengalaman dan kenangan yang ada, dan mintak maaf untuk salah silap yang pernah dilakukan antara sedar dan tak. i love this friendship :')


panjang, buat teruk, tapi ikhlas dari hati :) 



digital arts.


tiga tahun berlalu. too many things have been share with them. tak tahu nak mulakan cemana. yang aku tahu, update kalini, its all about them! seriously, gonna miss them so much.












banyak lagi gambar. terlalu banyak. setiap gambar ada cerita sendiri. dah, tak tahu macam mana nak cakap. 

orang mungkin cakap aku buat teruk. weyy, tiga tahun bukan sekejap tahu! tiga tahun hidup dengan depa. hari hari ngadap muka depa. gaduh gelak nangis marah semua dengan depa. sekarang memasing dah jauh. dekat rumah masing masing. utara sampai selatan. sabah pun ada.

Faz, Somad, Achik, Ayu, Qiba, Nadia, Kecik, Man, Pidot, Bakri, Eja, Atin, Fiska, Ain, Sasha, Sya, Wan, Maha, Hajar, Kak Fyda, Rozy, Wafi, Faris.


all the best hampa hampa. semoga berjaya dalam apa jua urusan lepas ni. insyaAllah, kalau kita usaha apa yang kita nak, mesti dapat. ingat pesan lecturer, jangan bawak perangai buruk kita dalam kelas ke dunia luar. you guys know what i mean. haha

hampa semua jangan lupa pulak kenangan pahit manis kita sesama tiga tahun ni. 

and tak lupa, Nadiah, Fify, Manan and Adek. 

apa pon yang terjadi, you guys used to be a part of us. takkan dilupakan. 


jauh lagi perjalanan kita lepas ni. banyak lagi yang perlu kita lalui. yang mana apply nak further study tu, harap2 berjaya lah ya. semoga dapat apa yang diminta dan tak lupakan kami kami ni. yang mana nak kerja, semoga dapat kerja yang baik dan halal dan buat kerja elok elok. cari rezeki halal, menabunglah untuk masa depan. #ehh

and yang mana dah plan nak anik pelamin tu, kad kawen jangan lupa pos SP sama woi! hihihi

apa apa pon, good luck and all the best dalam apa jua yang hampa semua lakukan. jangan lupa jatuh bangun kita sesama. ambik semua tu sebagai pengajaran dan tauladan. kenangan yang tak mungkin dilupakan.

aku mintak maaf kalau ada yang pernah terasa dengan aku, benci aku, meluat kat aku and everything. maaf kalau aku marah marah. aku kan garang. HAHAHA! garang garang sayang lahh. hihi. maaf seribu kali maaf buat semua.
dan terima kasih kalau ada yang pernah tolong aku, bersama dengan aku time susah senang. terima kasih untuk semuanya.
halalkan makan minum kalau ada. and kalau ada yang berhutang tak bayar, makan minum tak redha, bagitahu. i'll pay back. maaf.

and here we are. unofficially graduates from Diploma in Digital Arts, batch June 2010 :)


*gambar semester lima*



Wednesday, April 24, 2013

tiga tahun


 *kibas kibas habuk*

hello! erm, lamanya tinggal blog. tak terusik tak terupdate sentiasa terabai. busy. sob sob sob.

ini baru dapat nak ngedate jap. ehh, ngupdate. hihi. bila kat rumah, baru dapat date lelama dalam laman sosial. kahkahkah! sebenarnya saja nak kabor, itew dah ada kat rumah. hihi. dah habes okay. tiga tahun berlalu. alhamdulillah.


banyak pahit manis yang dikongsi sesama mereka. seriously, i'm gonna miss them very much! terlalu banyak kenangan bersama mereka. tiga tahun bukan satu tempoh yang singkat. second family.

sekarang semua dah berpisah. bawa haluan masing masing. ikut jalan yang dipilih. takda lagi kelas, outing, makan, gambar sesama. takda lagi gelak tawa tangis duka dengan mereka.

banyak benda nak cerita ni. insyaAllah, masa yang banyak dekat rumah ni, aku akan update macam macam aktiviti dengan mereka sebelum balik haritu. terlalu banyak ketinggalan. too many thing to share, to little time to do :(

anyway, hip hip hooray jugak lah sebab berjaya habeskan tiga tahun ni. aminn!


Wednesday, February 27, 2013

i'm the one :)



Kan best kalau ada abang - a friend.


yea. kan best kalau ada abang? kan best kalau ada kakak?

menjadi cahaya mata pertama dalam keluarga bukanlah sesuatu yang menggembirakan, malah bukan juga sesuatu yang menyakitkan. 

anak sulung tu anak pertama. anak pertama selalunya dikaitkan sebagai anak harapan keluarga, anak kesayangan dan anak yang boleh menampung keluarga meringankan beban kedua orang tua.

ada jugak anak sulung yang menjadi kebencian, kesusahan dan satu beban dalam sesebuah keluarga. wallahualam.

aku anak sulung. aku tak tahu kategori mana. cukuplah sekadar, aku bersyukur menjadi seorang anak kepada kedua orang tua aku. syukur menjadi seorang kakak kepada satu satunya adik yang aku ada.

minda bertanya, kenapa aku takda abang? kenapa aku takda kakak? hati menjawab, kerana aku ditakdirkan untuk menjadi abang dan kakak kepada adik aku. i'm sure, adik aku juga ada terpikir, kenapa dia takda adik. oh, takdir menentukan segalanya sayang.

tapi kalau ada abang kan best? orang tak boleh buli. orang tak boleh kacaw adik abang ni. boleh keluar jenjalan dengan abang. boleh paw duit abang. orang boleh mengorat abang melalui adik. orang boleh mengorat adik melalui abang. *okay, crap*

kan best kalau ada kakak? boleh belajar sesama. boleh melawa sesama. boleh keluar sesama. boleh buat macam macam sesama. boleh kongsi cerita. boleh kongsi baju. boleh kongsi boyfriend. *okay, a big NO!*

tapi, dah ditakdirkan. akulah kakak, akulah abang. aku hanya mampu berkongsi cerita dengan diri aku. menyimpan seribu satu perasaan yg tak mampu dikongsi dengan semua orang. aku tetap diri aku.

mungkin aku bukan seorang anak sulung yang terbaik dalam keluarga. mungkin aku bukan anak yang boleh diharap oleh kedua orang tua aku. mungkin juga aku bukan seorang kakak yang baik untuk adik aku.

TAPI...

aku akan cuba sehabes baik selagi aku mampu. aku ada tanggungjawab besar. aku perlu laksanakan sedaya aku. aku tak boleh cepat mengalah.

biarkan orang lain ada abang, ada kakak. aku ada adik. tak semua orang ada adik. biarkan mereka. aku belajar untuk sendiri. aku belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab. insyaAllah, aku kuat dan aku mampu.

aku akan buktikan yang aku boleh!

dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada. terima kasih padaMu untuk kehidupan ini. terima kasih mak abah kerana melahirkan dan menjaga kakak selama ini. terima kasih adik kerana menjadi adik kakak walaupun banyak benda tak seindah orang lain. 

this is me. my life. my family. i'm thankful for this :')




Thursday, February 21, 2013

pilihan.



setiap manusia diberi pilihan. tak hitam, putih. tak lurus, bengkok. -  Faizal Sulaiman, Sumbat, FIXI




kadang kadang, bila berada dalam satu situasi di mana perlu buat satu keputusan yang bijak, aku kecundang. tersepit di antara jalan A ataupun jalan B.

bila orang perlu buat sesuatu keputusan yang boleh dikatakan penting dalam hidup dia tu, janganlah bahan, janganlah kata. cuba sokong dia, cuba tolong dia, cuba backup dia. boleh kan? bukan kata kat dia, bukan perli dia, bukan nak buat muka bagai. 

awak tak tahu macam mana keputusan yang akan diambil mengubah hidup seseorang tu, awak jangan la bangkang. lagipun awak siapa nak involve hal orang? jaga hidup awak sendiri. urus bagi teratur dulu.

awak tak tahu situasi saya. you're not in my shoes. you don't know what i'm going through, you don't know how i feel. you don't understand my situation, you better shut your mouth up! jangan la sebok sangat.

awak, awak punya masalah, takda saya nak suruh awak buat tu buat ni. awak punya keliru, awak punya songeh, takda saya kecoh nak menjawab. awak sebok sangat pasal saya kenapa? tak puas hati kenapa? ada masalah?

awak, awak bising orang sebok hal awak sedangkan orang lansung tak heran pasal awak. awak dah kenapa? paranoid? bajet banyak peminat sampai ada yang nak benci benci bagai? oh please awak, bukak mata luas luas please?

saya diam awak kata kat saya, saya diam awak perli saya, saya diam awak pekena saya, saya diam awak masuk campur hal saya. tapi jangan melampau. awak bajet awak sorang saja ada SABAR? awak ingat awak sorang ja ada MARAH? belum cuba belum tahu awak :')

awak, jaga diri awak eh? :)


buat lah pilihan yang bijak. fikirkan baik buruk sebelum bertindak :)



Monday, February 11, 2013

s e n y u m



' hadiah yang istimewa adalah hadiah yang ikhlas dari hati walaupun hanya sekuntum senyuman manis :) '


tak susah kan? jumpa orang, senyum ja. bukan suruh senyum sepanjang masa. itu boleh masuk kategori wayar putus dah. orang tengok pon takut. and tak suruh senyum ikut dan ja kat sesapa. kalau rasa orang yg depan mata tu nampak peramah, senyum la. ini kalau muka macam ceti haram, jangan senyum, nanti dia ingat kita nak mengorat jadi mangsa dia pulak. hehh *mengarut apa tataw*


bukan apa, kita jumpa orang, takkan kita nak masam ja kan? apa orang cakap pulak nanti. datang jumpa orang, muka macam nak carik gaduh. kena pulak kalau orang tu pon tengah tak berapa nak ada mood, tak ka cari pasal namanya. awak datang menyebarkan cas negatif ke orang yang tengah bermood negatif, tak ka boleh meletop nanti.

walaupun kita ada masalah, kita cuba senyum, insyaAllah sejuk hati sikit. and orang yg tengok pon boleh lembut hati. tak la orang yg tengok kita rasa macam kita ni nak carik gaduh kan?


'Simply using the same muscles as smiling will put you in a happier mood,' explains Dr Michael Lewis, psychologist at Cardiff University.


tak salah kan senyum? why bother about what others gonna say? ignore them. 
they have no right to stop you from smiling. what you just need to do is smile to them and show them that you can!


so,


:)



Thursday, January 31, 2013

cerita diri



to many things happened nowadays. to many things to be done.


last semester. last last last dan makin menjadi malas. apa sudah jadi? aku tak tahu. penyakit malas semakin merebak. aku? seperti tiada usaha untuk mengubatinya, merawat diri. sampai bila nak macam ni Nurul? hati kecil bersuara. ah, tetap aku tak peduli.

entah la, apa nak jadi aku tak tahu. cuba untuk menjadi yang terbaik. masa ni la nak cuba pun. insyaAllah, masih belum terlambat. untuk semester yang terkahir ni, aku kena cuba sehabis baik. apa lagi aku nak bagi dekat orang tua aku kalau bukan kejayaan aku? kebahagiaan mereka tu tiada nilai tahu untuk aku beli?

tapi, masa semester akhir ni la macam macam nak jadi. orang kata, dugaan tu mematangkan. insyaAllah, aku harap macam tu la. tak henti henti dari awal. mana dengan hal kesihatan diri, hal peribadi, keluarga, kawan. itu belum kira dengan kesihatan kerja kerja yang banyak tertangguh, kesihatan sang komputer riba yang kian nazak. aku harung semua tu. insyaAllah, mampu bertahan sampai ke minggu ke 13. minggu pengakhiran segala penat lelah semua ni. minggu VISCOM.


Nurul harus kuat! Nurul kena kuat! Nurul harus rajin! Nurul kena rajin!
NURUL MESTI BOLEH!

apa pun yang terjadi, aku kena hadapi jugak. ini baru namanya pengalaman. sesuatu yang tak diajar oleh cikgu masa sekolah dan pensyarah masa kuliah. sesuatu yang kau harus cari sendiri. pengalaman mendewasakan, pengalaman mengajar apa itu erti hidup. eh? 


semoga apa yang dah terjadi menjadi pengajaran. ambil dan belajar. masa takkan tunggu kita :)