Wednesday, February 27, 2013

i'm the one :)



Kan best kalau ada abang - a friend.


yea. kan best kalau ada abang? kan best kalau ada kakak?

menjadi cahaya mata pertama dalam keluarga bukanlah sesuatu yang menggembirakan, malah bukan juga sesuatu yang menyakitkan. 

anak sulung tu anak pertama. anak pertama selalunya dikaitkan sebagai anak harapan keluarga, anak kesayangan dan anak yang boleh menampung keluarga meringankan beban kedua orang tua.

ada jugak anak sulung yang menjadi kebencian, kesusahan dan satu beban dalam sesebuah keluarga. wallahualam.

aku anak sulung. aku tak tahu kategori mana. cukuplah sekadar, aku bersyukur menjadi seorang anak kepada kedua orang tua aku. syukur menjadi seorang kakak kepada satu satunya adik yang aku ada.

minda bertanya, kenapa aku takda abang? kenapa aku takda kakak? hati menjawab, kerana aku ditakdirkan untuk menjadi abang dan kakak kepada adik aku. i'm sure, adik aku juga ada terpikir, kenapa dia takda adik. oh, takdir menentukan segalanya sayang.

tapi kalau ada abang kan best? orang tak boleh buli. orang tak boleh kacaw adik abang ni. boleh keluar jenjalan dengan abang. boleh paw duit abang. orang boleh mengorat abang melalui adik. orang boleh mengorat adik melalui abang. *okay, crap*

kan best kalau ada kakak? boleh belajar sesama. boleh melawa sesama. boleh keluar sesama. boleh buat macam macam sesama. boleh kongsi cerita. boleh kongsi baju. boleh kongsi boyfriend. *okay, a big NO!*

tapi, dah ditakdirkan. akulah kakak, akulah abang. aku hanya mampu berkongsi cerita dengan diri aku. menyimpan seribu satu perasaan yg tak mampu dikongsi dengan semua orang. aku tetap diri aku.

mungkin aku bukan seorang anak sulung yang terbaik dalam keluarga. mungkin aku bukan anak yang boleh diharap oleh kedua orang tua aku. mungkin juga aku bukan seorang kakak yang baik untuk adik aku.

TAPI...

aku akan cuba sehabes baik selagi aku mampu. aku ada tanggungjawab besar. aku perlu laksanakan sedaya aku. aku tak boleh cepat mengalah.

biarkan orang lain ada abang, ada kakak. aku ada adik. tak semua orang ada adik. biarkan mereka. aku belajar untuk sendiri. aku belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab. insyaAllah, aku kuat dan aku mampu.

aku akan buktikan yang aku boleh!

dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada. terima kasih padaMu untuk kehidupan ini. terima kasih mak abah kerana melahirkan dan menjaga kakak selama ini. terima kasih adik kerana menjadi adik kakak walaupun banyak benda tak seindah orang lain. 

this is me. my life. my family. i'm thankful for this :')




Thursday, February 21, 2013

pilihan.



setiap manusia diberi pilihan. tak hitam, putih. tak lurus, bengkok. -  Faizal Sulaiman, Sumbat, FIXI




kadang kadang, bila berada dalam satu situasi di mana perlu buat satu keputusan yang bijak, aku kecundang. tersepit di antara jalan A ataupun jalan B.

bila orang perlu buat sesuatu keputusan yang boleh dikatakan penting dalam hidup dia tu, janganlah bahan, janganlah kata. cuba sokong dia, cuba tolong dia, cuba backup dia. boleh kan? bukan kata kat dia, bukan perli dia, bukan nak buat muka bagai. 

awak tak tahu macam mana keputusan yang akan diambil mengubah hidup seseorang tu, awak jangan la bangkang. lagipun awak siapa nak involve hal orang? jaga hidup awak sendiri. urus bagi teratur dulu.

awak tak tahu situasi saya. you're not in my shoes. you don't know what i'm going through, you don't know how i feel. you don't understand my situation, you better shut your mouth up! jangan la sebok sangat.

awak, awak punya masalah, takda saya nak suruh awak buat tu buat ni. awak punya keliru, awak punya songeh, takda saya kecoh nak menjawab. awak sebok sangat pasal saya kenapa? tak puas hati kenapa? ada masalah?

awak, awak bising orang sebok hal awak sedangkan orang lansung tak heran pasal awak. awak dah kenapa? paranoid? bajet banyak peminat sampai ada yang nak benci benci bagai? oh please awak, bukak mata luas luas please?

saya diam awak kata kat saya, saya diam awak perli saya, saya diam awak pekena saya, saya diam awak masuk campur hal saya. tapi jangan melampau. awak bajet awak sorang saja ada SABAR? awak ingat awak sorang ja ada MARAH? belum cuba belum tahu awak :')

awak, jaga diri awak eh? :)


buat lah pilihan yang bijak. fikirkan baik buruk sebelum bertindak :)



Monday, February 11, 2013

s e n y u m



' hadiah yang istimewa adalah hadiah yang ikhlas dari hati walaupun hanya sekuntum senyuman manis :) '


tak susah kan? jumpa orang, senyum ja. bukan suruh senyum sepanjang masa. itu boleh masuk kategori wayar putus dah. orang tengok pon takut. and tak suruh senyum ikut dan ja kat sesapa. kalau rasa orang yg depan mata tu nampak peramah, senyum la. ini kalau muka macam ceti haram, jangan senyum, nanti dia ingat kita nak mengorat jadi mangsa dia pulak. hehh *mengarut apa tataw*


bukan apa, kita jumpa orang, takkan kita nak masam ja kan? apa orang cakap pulak nanti. datang jumpa orang, muka macam nak carik gaduh. kena pulak kalau orang tu pon tengah tak berapa nak ada mood, tak ka cari pasal namanya. awak datang menyebarkan cas negatif ke orang yang tengah bermood negatif, tak ka boleh meletop nanti.

walaupun kita ada masalah, kita cuba senyum, insyaAllah sejuk hati sikit. and orang yg tengok pon boleh lembut hati. tak la orang yg tengok kita rasa macam kita ni nak carik gaduh kan?


'Simply using the same muscles as smiling will put you in a happier mood,' explains Dr Michael Lewis, psychologist at Cardiff University.


tak salah kan senyum? why bother about what others gonna say? ignore them. 
they have no right to stop you from smiling. what you just need to do is smile to them and show them that you can!


so,


:)