Wednesday, February 27, 2013

i'm the one :)



Kan best kalau ada abang - a friend.


yea. kan best kalau ada abang? kan best kalau ada kakak?

menjadi cahaya mata pertama dalam keluarga bukanlah sesuatu yang menggembirakan, malah bukan juga sesuatu yang menyakitkan. 

anak sulung tu anak pertama. anak pertama selalunya dikaitkan sebagai anak harapan keluarga, anak kesayangan dan anak yang boleh menampung keluarga meringankan beban kedua orang tua.

ada jugak anak sulung yang menjadi kebencian, kesusahan dan satu beban dalam sesebuah keluarga. wallahualam.

aku anak sulung. aku tak tahu kategori mana. cukuplah sekadar, aku bersyukur menjadi seorang anak kepada kedua orang tua aku. syukur menjadi seorang kakak kepada satu satunya adik yang aku ada.

minda bertanya, kenapa aku takda abang? kenapa aku takda kakak? hati menjawab, kerana aku ditakdirkan untuk menjadi abang dan kakak kepada adik aku. i'm sure, adik aku juga ada terpikir, kenapa dia takda adik. oh, takdir menentukan segalanya sayang.

tapi kalau ada abang kan best? orang tak boleh buli. orang tak boleh kacaw adik abang ni. boleh keluar jenjalan dengan abang. boleh paw duit abang. orang boleh mengorat abang melalui adik. orang boleh mengorat adik melalui abang. *okay, crap*

kan best kalau ada kakak? boleh belajar sesama. boleh melawa sesama. boleh keluar sesama. boleh buat macam macam sesama. boleh kongsi cerita. boleh kongsi baju. boleh kongsi boyfriend. *okay, a big NO!*

tapi, dah ditakdirkan. akulah kakak, akulah abang. aku hanya mampu berkongsi cerita dengan diri aku. menyimpan seribu satu perasaan yg tak mampu dikongsi dengan semua orang. aku tetap diri aku.

mungkin aku bukan seorang anak sulung yang terbaik dalam keluarga. mungkin aku bukan anak yang boleh diharap oleh kedua orang tua aku. mungkin juga aku bukan seorang kakak yang baik untuk adik aku.

TAPI...

aku akan cuba sehabes baik selagi aku mampu. aku ada tanggungjawab besar. aku perlu laksanakan sedaya aku. aku tak boleh cepat mengalah.

biarkan orang lain ada abang, ada kakak. aku ada adik. tak semua orang ada adik. biarkan mereka. aku belajar untuk sendiri. aku belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab. insyaAllah, aku kuat dan aku mampu.

aku akan buktikan yang aku boleh!

dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada. terima kasih padaMu untuk kehidupan ini. terima kasih mak abah kerana melahirkan dan menjaga kakak selama ini. terima kasih adik kerana menjadi adik kakak walaupun banyak benda tak seindah orang lain. 

this is me. my life. my family. i'm thankful for this :')




1 comment:

zahidahwahid said...

saya pun anak sulong... anak sulong boleh buli adik, tapi selalu jugak kena buli dengan adik ^_^