Tuesday, April 30, 2013

rindu


'Tak semua rindu boleh diluah. Tak semua cemburu perlu diberitahu. Tak semua sayang harus ditunjuk. Ada perkara lebih baik menjadi rahsia '


rindu. ya, aku rindu. aku ada perasaan rindu. rindu pada siapa? Tuhan saja yang tahu.

aku rindukan kau. aku rindukan dia. aku juga rindukan mereka. tapi, adakah kalian merasakan perasaan yang sama seperti yang aku rasa? mungkin perasaan ini hanya angin lalu yang dibiarkan berlalu tanpa diambil peduli. mungkin?

aku cuba nak meluahkan. aku cuba untuk menyampaikan. tapi aku tahu, ada batasnya. 

sekarang, aku pendam rasa tu. biarkan rasa rindu yang ada terus bertambah dan terus bercambah. semoga rasa rindu ini tidak menyakitkan sesiapa. 

mungkin ada bagusnya dibiarkan rindu itu terus bertamu, agar diri ini terus mempunyai ingatan atas dirimu.




aku rindukan kau.



Friday, April 26, 2013

kawan sampai bila bila :)


update kalini pasal depa. siapa depa? depa depa ni la membaa. persahabatan yang terjalin tak sampai setahun. dah kena berpisah. walaupun baru kenal, alhamdulillah, pahit manis tetap dikongsi sesama. 










aku mungkin mulut jahat, aku mungkin cakap lepas, aku mungkin cepat terasa, aku mungkin suka marah, aku mungkin perangai kasaq, tapi aku taw apa itu persahabatan aku tahu apa itu persaudaraan. hampa dah macam kakak abang adik aku dah. aku takkan lupa lah hampa.

seriously, walaupun aku ni nampak ja macam ni, takda perasaan apa semua, aku tetap Nurul Hasniza, Nuon yang berperasaan. kadang kadang, kalau aku gelak, yes, i'm happy. kalau aku marah, aku bagitaw kenapa. kalau aku terasa, aku diam taknak cakap apa. tapi everything happen for a reason. maafkan aku.







ayat buat teruk kan? wey, bila lagi nak buat teruk dengan hampa. lepas ni tak jumpa dah. i'm sure gonna miss you guyss too! hampa ajar aku erti persahabatan.

aku doakan, hampa semua berjaya. semua apply UPU kan? goodluck weyhhh! nanti sambung belajaq, dapat kawan baru, ingat ingat lah kawan lama kat sini. mungkin ada antara hampa dapat tempat sekali. yala, hampa course semua lebih kurang. aku ja tekeluaq kategori. haha. takpa, ada rezeki jumpa lagi kat mana mana. 

depa ni la antara kawan yang selalu hangout sesama kat Perlis. girls semua roommates aku. boys kengkawan depa. so secara automatiknya, bila join roommates keluaq, sekali dengan depa ni la. officiaalynya, kawan kawan jugak lah. hehe. okay, tak paham takpa, buat buat paham pi la noh. hee

Mimn, lepas ni takda dah orang buat maggi ngan ayaq untuk aku. lepas ni takleh dah aku teman hg study sampai lewat malam. lepas ni takleh dah hg marah aku seba dok usyar hg.

Hajar, lepas ni takleh dah aku cubit blurbear hg. lepas ni takleh dah kita movie sesama. lepasni takleh dah aku gelak bila usyar hg. lepas ni takleh dah tengok muka monyok marah hg tu.

Alya, lepas ni takda dah orang nak bagi pinjam baldi kat aku. lepas ni takda dah penasihat pakaian aku. lepas ni takda dah org belikan nasi utk kami.

boys, lepas ni takda dah orang nak tolong jadi photographer bila keluar sesama, lepas ni takda dah orang jadi penunjuk arah bila pusing negeri, lepas ni takda dah konvoi kereta, lepas ni takda dah condol pulut dgn ais kacang sesama. lepas ni takda dah orang nak bahan aku pasal course aku. lepas ni takda dah black market :')

hampa, aku harap hampa berjaya dalam apa jua bidang yang hampa pilih. all the best. and satu aku mintak, jangan lupa Nuon yg sorang ni. yang cakap banyak and kaki bebai ni. hihi

apa apa pon, terima kasih untuk pengalaman dan kenangan yang ada, dan mintak maaf untuk salah silap yang pernah dilakukan antara sedar dan tak. i love this friendship :')


panjang, buat teruk, tapi ikhlas dari hati :) 



digital arts.


tiga tahun berlalu. too many things have been share with them. tak tahu nak mulakan cemana. yang aku tahu, update kalini, its all about them! seriously, gonna miss them so much.












banyak lagi gambar. terlalu banyak. setiap gambar ada cerita sendiri. dah, tak tahu macam mana nak cakap. 

orang mungkin cakap aku buat teruk. weyy, tiga tahun bukan sekejap tahu! tiga tahun hidup dengan depa. hari hari ngadap muka depa. gaduh gelak nangis marah semua dengan depa. sekarang memasing dah jauh. dekat rumah masing masing. utara sampai selatan. sabah pun ada.

Faz, Somad, Achik, Ayu, Qiba, Nadia, Kecik, Man, Pidot, Bakri, Eja, Atin, Fiska, Ain, Sasha, Sya, Wan, Maha, Hajar, Kak Fyda, Rozy, Wafi, Faris.


all the best hampa hampa. semoga berjaya dalam apa jua urusan lepas ni. insyaAllah, kalau kita usaha apa yang kita nak, mesti dapat. ingat pesan lecturer, jangan bawak perangai buruk kita dalam kelas ke dunia luar. you guys know what i mean. haha

hampa semua jangan lupa pulak kenangan pahit manis kita sesama tiga tahun ni. 

and tak lupa, Nadiah, Fify, Manan and Adek. 

apa pon yang terjadi, you guys used to be a part of us. takkan dilupakan. 


jauh lagi perjalanan kita lepas ni. banyak lagi yang perlu kita lalui. yang mana apply nak further study tu, harap2 berjaya lah ya. semoga dapat apa yang diminta dan tak lupakan kami kami ni. yang mana nak kerja, semoga dapat kerja yang baik dan halal dan buat kerja elok elok. cari rezeki halal, menabunglah untuk masa depan. #ehh

and yang mana dah plan nak anik pelamin tu, kad kawen jangan lupa pos SP sama woi! hihihi

apa apa pon, good luck and all the best dalam apa jua yang hampa semua lakukan. jangan lupa jatuh bangun kita sesama. ambik semua tu sebagai pengajaran dan tauladan. kenangan yang tak mungkin dilupakan.

aku mintak maaf kalau ada yang pernah terasa dengan aku, benci aku, meluat kat aku and everything. maaf kalau aku marah marah. aku kan garang. HAHAHA! garang garang sayang lahh. hihi. maaf seribu kali maaf buat semua.
dan terima kasih kalau ada yang pernah tolong aku, bersama dengan aku time susah senang. terima kasih untuk semuanya.
halalkan makan minum kalau ada. and kalau ada yang berhutang tak bayar, makan minum tak redha, bagitahu. i'll pay back. maaf.

and here we are. unofficially graduates from Diploma in Digital Arts, batch June 2010 :)


*gambar semester lima*



Wednesday, April 24, 2013

tiga tahun


 *kibas kibas habuk*

hello! erm, lamanya tinggal blog. tak terusik tak terupdate sentiasa terabai. busy. sob sob sob.

ini baru dapat nak ngedate jap. ehh, ngupdate. hihi. bila kat rumah, baru dapat date lelama dalam laman sosial. kahkahkah! sebenarnya saja nak kabor, itew dah ada kat rumah. hihi. dah habes okay. tiga tahun berlalu. alhamdulillah.


banyak pahit manis yang dikongsi sesama mereka. seriously, i'm gonna miss them very much! terlalu banyak kenangan bersama mereka. tiga tahun bukan satu tempoh yang singkat. second family.

sekarang semua dah berpisah. bawa haluan masing masing. ikut jalan yang dipilih. takda lagi kelas, outing, makan, gambar sesama. takda lagi gelak tawa tangis duka dengan mereka.

banyak benda nak cerita ni. insyaAllah, masa yang banyak dekat rumah ni, aku akan update macam macam aktiviti dengan mereka sebelum balik haritu. terlalu banyak ketinggalan. too many thing to share, to little time to do :(

anyway, hip hip hooray jugak lah sebab berjaya habeskan tiga tahun ni. aminn!