Saturday, December 16, 2017

2017.






Can i start, all over again? I miss all of this.


Its been 2 years. Actually nak masuk 3 years dah pun, coz 2017 is coming to the end, soooooon!



We'll see how it goes, later. 



But seriously, i miss this 😔




Sunday, December 27, 2015

pergi tak kembali, membawa diri



lelws. tajuk kemain. haha


hai uolssss! (acah acah ada lagi readers dalam ni. heh
lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak update naaa. last update awal bulan february, ni sekarang tinggal tiga empat hari ja lagi nak habis tahun ha. lama gilaaa lah!


so. 2015 is getting to the end. i just wanna talk about the whole year i've been through. tapi tu lah, malas kan, HAHAHAHAA. so theres no '2015 memories' will be update hee. kahkahkah. gila pemalas seorang nuha haaa.


whatever it is, hopefully 2015 have bring a lot of happiness and blast to all of you (acah acah ada readers lagi, haha). may the upcoming years will be more colourful and more special to every single one of us. (sekali lagi, lol.)


hmm, lama tak update. too many stories to be told, but to laaaazzzzzyyyyyyyyy to even log in to this. lagipun masa always tak mengizinkan. almaklumlah, dah bekerjaya sikit sekarang ni. hohoho. later lah, ada masa ada kelapangan and yang PENTING ada KERAJINAN lebih lagi, will update more. rindu sebenaqnya nak blogging ni. rindu sangat. tapi everything tak mengizinkan. soon lah.


till then, i see you when i see you again, cik perpel sayang ;)




** and don't worry, it is just a tittle. i'm not going anywhere without coming back here, its just a matter of time. i will be back, cuma bila tak tahu lah hahahahahaha kbyee









Thursday, February 5, 2015

kalau sayang tak semestinya memiliki.




hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

pardon me for the tajuk yg kemain taknak kalah nak kebabom sedia. heh


sebenaqnya tajuk tu betul dah, nak cerita situasi yg lebih kurang sama jugak lah, kot. heh. ok, sayang tak semestiinya memiliki. i love this blog, i love all the entries i've posted before, since 2009. tapi............................................ cause of some reason, i have to delete all, well not exactly all, tp past is past. i need to move on, konon. haha. k, jangan pikiaq bukan bukan. cuma nak delete nak remove nak hapuskan. tinggallah few of these posts below. sobssss T_T



takpa lah, i can start back, insyaAllah, kalau malas tak menguasai diri (harapan macam tipis sikit lah)


till then, we'll meet again, si perpel ku sayang. see u when i see u. lol haha



Friday, November 14, 2014

bekurun




empat bulan sekali, baru ada new update. like seriouslyyyyyyyy Nuon? haihh. kata nak jadi blogger. kata nak ceriakan blog. kata nak isi masa lapang yg memang banyak gila sekarang nih. bla bla bla.......


ini lah padahnya takda laptop sendiri. laptop sendiri dah arwah, masuk icu tak keluar keluar lagi. tiga tahun lebih dia berkhidmat, lepastu, hmmmmmmmmmmmmmm, i'm sorry sayang cekelat, my bad for not taking good care of you, and now, you're gone. sekarang menumpang kasih baby red abah. muahahaha


too many things happen to me dalam masa empat bulan lebih lebih ni. huuu. lastt update pasal arwah tok tinggalkan kami. time puasa. masa raya of course lah pi ziarah kubur. rindu sangat. balik raya pun dah tak meriah cam dulu. and turn out, semua baju raya so biasa biasa, kebetulan. semua malas bersiap. huhu. thats our first raya without both tok. still, we have to move on without forgetting them, who has gone, right?


3rd October, i'm turning to 22 years old. and i'm feeling twenty twooooooo! sooooo, mak, nak kawenn!!! hahahaha, lol. gila, kerja apa takda, nak kawen guna daun? pikiaq tak panjang. heh. sabar sabar, soon to be your turn. next year, next two years, next three years, next four years, next five years, k, melampau. 


sekarang duk rumah, dah berenti kerja. no more Pulau Langkawi. lepas ni pi bercuti ja, insyaAllah. tempat stay ada dah, kereta sewa, tahu dah. jalan jalan sana, boleh kata expert *sikit* dah. muehehehehe. duk rumah, bagi sihat elok. hahaha


nak kerja, tapi tu lah. kesihatan tak berapa mengizinkan lagi. hello, batuk dekat dua bulan, ubat tak larat makan dah, pastu nak kerja, mengadap orang kerja nak batuk, bad manners okay, reeeaaaaaaally bad one! tapi alhamdulillah, sekarang getting better, insyaAllah. ubat tak jalan, cuma kerap minum air masak ja sekarang. and goodbye air sejuk peti ais! sob sob sobbb T_T


lol, merepek pa panjang panjang. heh. seronok menaip dah lama sangat tinggal. kahhh! pardon me for the very very very boring post. kbye :D






Tuesday, July 22, 2014

kehilangan. ramadhan.



salam ramadhan buat semua.



10 Julai 2014. 

tok dipanggil. panggilan menghadap ilahi. tok dah takda. tok dah tinggalkan kami semua. tok habis hayat kat dalam rumah kami, dalam jagaan kami. tok pergi hari khamis, waktu zohor. simpan malam, lepas teraweh. 


ramadhan yang hilang. itu kami rasa untuk ramadhan tahun ni. 


syukur, dalam bulan baik, hari baik, waktu baik, insyaAllah.
semoga tok tenang di sana. kami semua rindu tok. kami semua sayangkan tok. 



Al-fatihah.




sentiasa dalam ingatan.

Zabedah Awang. 
1936-2014.



Saturday, July 5, 2014

tanggungjawab.



goshhh! lama gila tak update apa apa. haha. lama sangat tinggal dunia blogging. blog wujud, entry saja nan adoo. hiks! alaa, bukan ada orang nak baca pun kennnns. hihi. tapi takpa la jugak, takda orang baca lagi bagus, kang tidak dok baca merepek merapu meraban hat dok ada dalam ni buang masa ja. ngeee. still, MAKASEH untuk yang membaca. haha. poyos nak mampus!


sebenarnya bukan sesaja or malas nak update. tapi nak buat cemana. keadaan tak mengizinkan. heww
biasalah, tanggungjawab dalam kehidupan. hahaha. ayat tu! sebenarnya sibuk kerja. haha. pastu, laptop rosak, kesian gila rasa diri ni. heh. ni pun guna laptop abah, tu pun lepas dah takda keja sangat dah. heee

and sekarang dah cuti, well, bulan puasa siapa yg nak pi bercuti kat pulau kan. so takda orang, so boleh cuti. mihmihmih. agak sebulan jugak pa cuti nih. hahaha. seqhonokkk dapat boss cemnih! hahaha


tapi tu lah. buat masa sekarang, i prefer be at home, dari berjauhan. tok baru keluar hospital and currently staying in our house. sedih sangat tengok keadaan tok yg sangat sangat lemah. nak jalan pun tak larat, kena berkerusi roda. mak abah pun tak berapa sihat. Ya Allah, dugaannya Ramadhan kalini. harap semuanya berjalan dengan baik for this Ramadhan. semoga semuanya baik baik saja.


and not forget, Salam Ramadhan Al Mubarak to all Muslims :)

*boss, please don't call me to get back in work for this momment. i'll appreacite it! :')


Wednesday, April 2, 2014

tiga tahun dan kemuncak.



phew phew. tajuk kemain. hehehehehehehe



takda lah. sebenarnya tak tahu nak post apa. wakaka. so, rasa nak story pasal konvo. yee, setahun dah habes, baru konvo. wuwuuuuu. redha. tapi alhamdulillah, dah konvo pun. 

and it falls on 19th March 2014. which is one day earlier from my dad's birthday, 20th March 2014. and this, for you abah :)


finally. three years struggling and paid! hahaha


tulang belakang kesayangan. paling kuat support. terima kasih foreverything. and abg riz, thanks sebab mai tgk jugak. weee. he's my cousin, and also my junior. course yang sama, poli yang sama. hahaha

and these girls came for me. thankyou so muchhh! iloveyouguysssssssss! kawan sekolah menengah, sanggup datang, and bought me those flowers!


and the classmates :)



we're done for our diploma! pada yang berjaya sambung degree, goodluck! keep strong and selamat study! hehehe. all the best to everyone :)




and happy graduation day everyoneeee! i'm sure gonna misss you guys so much. take care :')









Friday, March 14, 2014

ikhlas dari hati.



kadang kadang, kita tak sedar kita menyakiti hati orang lain. 
kadang kadang, kita tak sedar perangai kita tak disenangi orang lain. 
kadang kadang, kita tak tahu pun apa salah kita sampai orang lain nak marah kita.


kadang kadang, kita jaga perasaan orang, kita sakit. 
kadang kadang, kita terlalu fikirkan hal orang lain sampai perasaan kita terabai. 
kadang kadang, bila kita mula ambik berat perasaan sendiri, kita tak sedar, ada orang sekeliling kita yang sakit.


berapa banyak kadang kadang, tu semua lumrah kehidupan. lumrah biasa seorang manusia. kita cuba sedaya upaya macam mana sekali pun, kita takkan sedar kadang kadang tersebut. kita manusia biasa. seorang manusia biasa memang takkan pernah dapat lari dari melakukan kesilapan.


aku tahu, kerna aku juga seorang manusia biasa. kesilapan, seumpama tidak pernah berenggang dari hidupku. manusia lain kerap jadi mangsa.

dan buat kamu, aku mohon maaf, sungguh aku lansung takda niat. dan apa yang berlaku, ada sebabnya. mungkin sukar untuk kamu maafkan aku. aku tahu. tapi takkan pernah jemu bibir aku untuk mengucapkan kata maaf buat kamu. aku bersungguh, mohon kamu maafkan aku. 


kamu tahu siapa kamu.

maafkan aku.








Saturday, March 8, 2014

baju baru.



feeling good yaww! hee. kenapa? ehem! 


well, nak menunjuk nihh. kahkahkah *buruk perangai*

iolls dah tukar 'baju baru uolls. heee. purple purple gittewww! fav hokayyyyy! heee. bahagia sat. okay, perak! kahkahkah. 


apa apa pun, big thanks to Cik Pipah Zizan for helping me. appreaciate sangat. hahaha. lama sangat tak usyar blog, lupa habes cara nak edit sendiri. so mintak tolong orang editkan. alhamdulillah, Cik Pipah sudi nak tolong. *awek ni coursemate wa*


insyaAllah, makin bersemangat lepas ni. semoga jari dan otak berfungsi dan saling berhubung dengan sempurna. heh.


again, THANK YOU PIP :) :) :)



Tuesday, March 4, 2014

the date i've been waiting for



and finally, hari yang ditunggu tunggu is just around the corner. coming soon. weee~


eksaited baq hanggg nak dekat dahh. 






alhamdulillah, everything seems to go well. tinggal nak cetak sejenis surat untuk dapatkan jubah and then tunggu pengesahan kehadiran. tak saha tak pi hoi hoi. bayaq mahai mahai tak pi, memang nak hangen lah jugak en enn. kahkahkah. insyaAllah, harap harap disahkan secepat mungkin. 

selagi tak cetak sejenis surat tu and selagi tak sah kehadiran tu, tak senang duduk jugak. this event is my first and who knows may be the last. hee


can't wait for it! 

sebenarnya, ada few reasons yg membuatkan diri ni sangat sangat excited for this event. and all of that, cause of the kesayangans. semoga hari tersebut lancar dan takda sebarang kekacauan. hiks. aminnn



and again, YES, I'M EXCITED! wehooooooo~



Friday, February 21, 2014

paling bosan.




*scroll facebook*

*scroll twitter*

*scroll instagram*




bosan. okay. bosan bosan bosan. so, bukak blogger.com. konon rasa rajin nak update entry baru.


and sekarang, taip padam taip padam. wah, dah jadi kebiasaan pulak enn -_- taktahu nak update apa. konon taknak abaikan blog dah sekarang. tapi hampeh jugak. kering idea. huwaaaaa!


taip ni pun ambik masa lama nak mampus! padahal baru berapa perenggan. aduhai, tolong lah berfungsi macam dulu balik. rindu sebenarnya nak update, tapi tu lah, buntu. kering idea nak cerita pasal apa. end up nanti, cerita merapu entah apa apa, takda benefit pun orang baca. heh


tak pasal nanti, sampai satu tahap, tutup blog. haaa. please don't. dear mind, please don't ever dare to think of that.  bertahun dah nih. walaupun cerita hampeh. heee


em emm, dah berapa perenggan ntah. akhirnya, ada jugak satu entry. kahkahkah! bosan nak tidoq mampuih punya entry. muahahahaha! mahap. dah buang masa anda. *konon ada yg membaca -_-'


sekian. entry bosan. 2.0 bakal menyusul kemudian hari. 



Friday, February 14, 2014

two zero one four.



wink wink. lama tak menaip nih. tengah pikiaq idea nak start balik cemana. hahaha. poyos. poyos everywhere. lol


last update, tahun 2013. ni start balik, tahun 2014. phew. lama gak tu, setahun. kahkahkah. over ngat ngat. apa apa pun, maap ler kalau bahasa kurang menyenangkan. hoho. seriously rasa blur teruk ni nak start balik. ngehngehngeh. tapi cuba jugak. 


the feeling bila lama tak menulis, tetiba rasa rindu and nak sangat start berblogging balik. are you with me? lol. perasan. hahahaha. lantak lah. ada takda, asal wa start balik menulis. hoho


okay. two zero one four. ada reti? 2014. everything kinda new for me. banyak jugak yg terjadi even baru awal tahun. mihmihmih. pahit manis kehidupan, biasa lah. acewaahh! ayat bunga uolls. hahaha! tapi betul lah. hidup dalam duni nih, ada upside down dia kan? bak kata omputeh, 



heh. depa kata la, bukan cek kata. heeeeeeeee



apa apa pun, harap tahun ni membawa seribu satu cerita utk kita semua. gitteww! hat mana nak bertunang tu, selamat bertunang. hat mana dah bertunang nak menikah, selamat menikah. hat mana dah menikah nak ada baby, selamat beranak. and hat mana dah ada anak nak ada cucu, ehem, selamat menjadi datuk dan nenek. ngehh!


ha tudia. panjang berjela dah. konon tak reti menulis dah. merapu banyak. wohooo! 


and as for me, semoga 2014 ni , em emmm, sama lah dengan orang lain. hikhikhik. cumanya, aku menanti sesuatu yg baru. insyaAllah, soon. *jangan dok ingat nak kawen ja aihhhhh*


i hope it never too late to wish you, Selamat Tahun Baru :)



Saturday, February 8, 2014

homestay dan langkawi.






kalau datang langkawi, then tak tahu mana nak stay, boleh check out that homestay. very affordable, three rooms beserta bilik air di setiap bilik, aircond, water heater, and kalau nak rasa suasana kampung atas bukit, there you go. perfect place!








cer klik link atas sekali tu, banyak lagi info situ. hehehhee. sempat lagi promote haa -_-



tu ja. kbai.




soon.



*kekok*

1st entry of this year, 2014.



lamanyaa tak menulis. too busy too lazy to start, even with a single word. heh. apa nak jadi taktahu lah. dah terlalu lama sangat tinggal, sampai nak start pun taktahu cemana dah. even when i'm writing this, dah berapa kali taip padam taip padam. otak bengkak mandom takleh nak cerna apa nak ditulis. haha.


*awkward*


sekarang rasa mamcam nak menulis balik. tp macam nak kena brainwash habis habis dulu lah nih. rasa semak semacam ja. muahaha. nak start all over balik pun tak tahu cemana. i just need to be normal back, like before. tulis beribu perkataan, berjela perenggan pun tak rasa penat. haha
kena start balik lah cemni. insyaAllah, coming soon with new spirit. gittew semangat! hahaha.


insyaAllah, soon :)


Wednesday, December 4, 2013

rindu.



susah nak cakap.

tapi rindu. tersangat rindu.


ya, aku faham, aku mengerti. i'm not in the boat, so i should not complain. just stay back and relax. maybe this is fate. for us. 


nak nangis. 


tp apa boleh buat? ya, aku redha. 



ada jodoh kita bertemu lagi, insyaAllah. doakan aku, untuk jejak di sana suatu hari nanti. atau bertemu di mana mana. mungkin. atau mungkin tidak. aku tak tahu. 

kita hanya merancang, kan?


semoga berbahagia :)




kawanmu.


Saturday, August 31, 2013

kisah lama jangan dibuang.



jejak kasih.


entah kenapa, sejak dua menjak ni, aku rasa rindu. rindu yang amat sangat.



SK ST. Theresa. 


aku pernah jadi warga sekolah ni. aku pernah jejak kaki kat sini. aku pernah belajar dalam kelas kelas dalam sekolah ni. aku pernah jadi pelajar sekolah ni.


tapi tu semua, empat belas tahun yg dulu. 

darjah satu, aku didaftarkan kat sekolah ni. 1 Cekal. aku ingat lagi. abah daftarkan aku kat sini. darjah satu sampai darjah empat. aku  kutip ilmu kat sini.

masuk darjah empat, aku ditukarkan sekolah. masa tu, ada sebuah sekolah baru buka dekat dengan kawasan rumah. abah mohon, and aku terpilih. actually ramai lagi. ramai kengkawan yg stay area sekolah tu yg pindah. aku and Iffah tak terkecuali.

darjah empat, tahun last aku di SK ST. Theresa. 

budak budak. apa lah yang tahu sangat pasal telefon. alamat rumah? apatah lagi la. 

lepas ja keluar dari sekolah tu, aku lost contact terus dengan kengkawan yg still ada kat sekolah tu. kecik lagi, mana tahu cara cara nak contact balik. 

sekarang, aku and Iffah mula mencari. dan takdir mungkin, ter'contact' balik dengan one of my old friend, and dari situ, memang cari sungguh sungguh yang lain.


rindu.



maybe ada yang dah tak kenal kami. empat belas tahun, siapa nak ingat kan? and mungkin juga ada yang masih ingat. alhamdulillah kalau ada. 


walau siapa and di mana pon semua berada, aku doakan yang baik baik saja buat kalian. harapnya, kalian masih lagi ingat seorang pengawas kecil, yang pernah bersahabat dengan kalian, seorang Nurul Hasniza.


aku teringat, dan aku rindu.





Sunday, August 4, 2013

sebenarnya...









rindu nak menaip...






rindu nak mengarang...






rindu nak meluahkan...








aku yang sekarang bukan lagi aku yang dulu....







sekian.






Friday, May 24, 2013

hala tuju

tiga tahun berlalu. sem enam pun dah berakhir. arah tuju lepas ni? wallahualam.
sambung belajar? mungkin. 
kerja? why not.
sebenarnya aku keliru dengan jalan selepas ni. sambung belajar, well, mesti la nak. belajar tempat baru, suasana baru, kawan baru, ilmu baru. macam masa mula mula masuk poli masa semester satu dulu dulu tu. i miss that moment. fresh.
tapi, aku tak apply pon. aku tengok ja orang lain apply. aku dengar ja orang lain cerita course pilihan depa. aku sokong ja mana yang sesuai. aku cuma senyum melayan karenah depa. aku? tak tahu.

honestly, aku pun teringin. teringin nak pening pening apply upu macam depa, teringin nak excited kena panggil interview macam depa. teringin nak berdebar tunggu result macam depa. sumpah teringin.

tapi, ada benda lain yang aku lebih teringin. orang tua aku hidup senang dan bahagia. adik aku berjaya dan gembira. aku teringin sangat sangat nak tengok tu.

aku tak kata hidup mereka tak bahagia, tak gembira. aku tak cakap pun hidup depa tak senang tak berjaya. tapi aku mahukan lebih dari tu. mungkin sampai sudah masanya untuk aku pulak yang berbakti.

mungkin, bukan rezeki aku untuk ke mana mana sekarang ni. insyaAllah, sampai masanya, aku akan pergi jugak, kalau tu rezeki aku. tapi buat masa sekarang, biar aku macam ni. i want my life this way.

Ya Allah, Kau mudahkanlah perjalanan hidupku dan keluargaku, Kau murahkanlah rezekiku dan keluargaku, Kau bahagiakanlah kehidupanku keluargaku. hanya Engkau yang mampu. aku mohon padaMu Ya Allah.


semoga, apa yang aku pilih ni, tepat dan tiada yang tersinggung.








Tuesday, April 30, 2013

rindu


'Tak semua rindu boleh diluah. Tak semua cemburu perlu diberitahu. Tak semua sayang harus ditunjuk. Ada perkara lebih baik menjadi rahsia '


rindu. ya, aku rindu. aku ada perasaan rindu. rindu pada siapa? Tuhan saja yang tahu.

aku rindukan kau. aku rindukan dia. aku juga rindukan mereka. tapi, adakah kalian merasakan perasaan yang sama seperti yang aku rasa? mungkin perasaan ini hanya angin lalu yang dibiarkan berlalu tanpa diambil peduli. mungkin?

aku cuba nak meluahkan. aku cuba untuk menyampaikan. tapi aku tahu, ada batasnya. 

sekarang, aku pendam rasa tu. biarkan rasa rindu yang ada terus bertambah dan terus bercambah. semoga rasa rindu ini tidak menyakitkan sesiapa. 

mungkin ada bagusnya dibiarkan rindu itu terus bertamu, agar diri ini terus mempunyai ingatan atas dirimu.




aku rindukan kau.